fbpx

Luahan pembaca: Kurung remaja bawah umur kekang lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN juga digesa mengenakan tindakan menarik balik lesen bengkel atau menyita premis berkenaan yang menjalankan kegiatan mengubah suai motosikal bagi tujuan lumba haram. – Gambar hiasan

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini, media melaporkan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram bakal berhadapan hukuman penjara dan denda RM10,000 apabila Sek­syen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Langkah pindaan ini dilakukan bagi menghentikan kegiatan lumba haram yang membahayakan pengguna jalan raya. Malah, ibu bapa kepada remaja berusia di bawah 18 tahun yang terlibat dan penyokong lumba haram juga akan dikenakan tindakan.

Beberapa faktor yang menyebabkan remaja terlibat dan terpengaruh dengan aktiviti lumba haram antaranya adalah terpengaruh dengan wang pertaruhan yang bernilai sehingga puluhan ribu ringgit.

Mereka sanggup mengubahsuai motosikal untuk lebih laju daripada kebiasaan demi wang yang dipertaruhkan. Bagaimanapun, remaja ini lupa bahawa kelajuan yang diinginkan itu sebenarnya mendekatkan diri mereka dengan kematian.

Sehubungan itu, pemilik bengkel yang terlibat dalam kegiatan mengubah suai motosikal bagi tujuan lumba haram juga perlu dikenakan tindakan seperti menyita dan menarik balik lesen bengkel.

Apa yang pasti, peranan ibu bapa atau ahli keluarga diharapkan dapat mengurang atau membasmi kegiatan lumba haram ini daripada berleluasa terutama di bandar.

Berikan nasihat agar anak mengisi masa lapang dengan berfaedah bersama keluarga dan bimbinglah anak agar menyaya­ngi nyawa dan menghargai orang lain.

Di pihak kerajaan, mungkin ‘perintah berkurung’ perlu dikenakan kepada remaja bawah umur daripada berada di atas jalan raya selepas pukul 11 malam.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI