fbpx

Jimat duit beli ubat, warga emas rayu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWA NGA (kanan) dan suaminya, Swee That (kiri) menunjukkan gambarnya sewaktu bertugas sebagai anggota Rela sebelum disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru ketika ditemui di rumahnya di Kangar.

KANGAR – Seorang warga emas merayu sumbangan bagi menampung keperluan bulanan membeli ubat dan makanan tambahan selepas tidak mampu be­kerja kerana menghidap pe­nyakit kanser paru-paru tahap empat sejak September tahun lalu.

Menurut Khoo Swee That, 65, dia kini terlantar dan tidak mampu meneruskan kerja sebagai buruh berikutan badannya lemah.

Isterinya, Wong Saw Nga, 63, juga tidak bekerja kerana perlu menguruskan suami setiap hari.

“Sebelum ini saya melakukan kerja sampingan sebagai anggota Ja­batan Sukarelawan Malaysia (Rela), namun terpaksa berhenti selepas kesihatan makin merosot,” katanya.

Cerita bapa dua anak itu, ketika ini dia bergantung dengan duit simpanannya bagi menampung per­belanjaan meliputi sewa rumah, bil utiliti, pengangkutan ke hospital lebih RM1,000 sebulan.

Namun begitu ujarnya, wang simpanan tersebut semakin susut dan membimbangkannya.

SWEE THAT menerima sumbangan kerusi roda daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling (kanan) di rumahnya di Flat Seri Sena, Kangar, Perlis baru-baru ini.

“Seorang anak saya menetap bersama kami manakala seorang lagi berada di Kuala Lumpur. Pendapatan mereka juga hanya sekitar RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini mereka membantu perbelanjaan bulanan kami, namun sejak kebelakangan ini mereka tidak lagi berbuat demikian disebabkan tidak cukup wang perbelanjaan,” jelasnya.

Ujar Swee That, dia juga perlu berulang-alik ke hospital di Alor Setar setiap bulan bagi menjalani rawatan kemoterapi.

“Sekarang saya terpaksa berjimat cermat memandangkan wang simpanan semakin susut, malah menghentikan sementara pembelian makanan tambahan,” katanya.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Swee That di talian 017-523 4817 atau menerusi akaun bank CIMB bernombor 570922026245 atas nama Khoo Swee That.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI