PENYANYI Aisha terpaksa melupakan hasrat menyertai anggota kumpulan EVERGLOW terbang ke Sydney, Australia untuk menghadiri festival muzik HallyuPopFest.
Semuanya kerana dia tiba-tiba jatuh pengsan baru-baru ini sebelum terpaksa dikejarkan ke hospital.
Selepas melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan, agensinya, Yuehua Entertainment mengambil keputusan bahawa Aisha tidak dapat melibatkan diri dalam festival tersebut.
“Sepatutnya Aisha meninggalkan negara untuk membuat persiapan persembahan sempena HallyuPopFest Sydney 2022.
“Tetapi akibat masalah kesihatan yang tidak terduga, dia tidak dapat menghadirkan diri dan menyertai festival tersebut,” kata agensi tersebut.
Buat masa ini, Aisha masih lagi menerima rawatan berkala di hospital.
Berita tersebut mengejutkan peminat yang tertanya-tanya penyakit apa yang menyerang penyanyi itu.
“Semoga Aisha cepat sembuh! Harap mereka dapat kenal pasti apa yang menyebabkan dia sakit. Menakutkan,” komen seorang peminat.