fbpx

Ismail Sabri umum sumbangan RM300,000 kepada Pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM300,000 kepada Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan serta menyokong aktiviti serta kegiatan yang akan dilaksanakan Pertama pada masa hadapan.

Kakitangan Media Mulia bergambar bersama Ismail Sabri pada Majlis Minum Petang Pengamal Media Wanita Malaysia di Hotel Premiera, di sini hari ini.

“Hari ini saya meluluskan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada Pertama bagi menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

“Ini merupakan komitmen kerajaan terhadap golongan wanita Keluarga Malaysia yang diharap mendapat sokongan padu media termasuk Pertama,” katanya ketika berucap dalam Majlis Minum Petang Pengamal Media Wanita Malaysia di Hotel Premiera, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu, Presiden Pertama, Sariha Mohd. Ali mengakui kekurangan sumber bagi persatuan itu menjadi kekangan dalam melaksanakan program seperti forum dan majlis ilmu untuk meningkatkan kemahiran petugas media wanita.

“Saya berharap kerajaan dapat memandang sedikit usaha dan pengorbanan kami, petugas wanita dalam sektor media yang gigih memajukan negara menerusi penulisan dan laporan media,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI