fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Turut terlibat iaitu Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang.

“Bagi di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang dan Nabawan), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sementara di Sarawak hanya tertumpu di Limbang,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI