LONDON – Seorang penyiasat fenomena paranormal mendakwa bahawa hampir semua rumah di dalam dunia turut didiami oleh hantu yang berada di sisi tanpa disedari oleh manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.
Pengasas pertubuhan Veritas Paranormal, Rob Pyke mendakwa, hantu sebenarnya berada amat hampir dengan manusia dan ramai orang tinggal bersama entiti itu sepanjang kehidupan mereka.
“Sebanyak 90 peratus atau lebih ramai daripada kita mempunyai hantu yang tinggal di dalam rumah bersama-sama.
“Sama ada ia hanya merenung ke arah anda atau mahu menjelmakan diri, terpulang kepadanya,” kata Pyke.
Selain itu, Pyke turut mendedahkan bahawa rumah lamanya dihuni oleh hantu bernama Arthur.
“Hantu bernama Arthur yang merupakan seorang pelombong ketika hidupnya tinggal di rumah lama kami.
“Kami sering terbau seperti asap tembakau dihembus dan apabila bau-bauan itu muncul, kami tahu ia berada di situ.
“Kami tinggal bersama di dalam rumah itu. Ia mungkin masih berada di situ,” kata Pyke.
Tambah Pyke, hantu kebiasaannya menghormati tetamu rumah dan tidak menakut-nakutkan orang.
“Sebagai memetik kata-kata ahli sejarah Richard Felix, jika hantu mempunyai pekerjaan untuk dibuat, ia tidak akan menakutkan orang.
“Ia akan meneruskan ‘kehidupannya’ dan tidak akan muncul di satu sudut secara tiba-tiba dan menakut-nakutkan anda,” ujarnya. – Agensi