fbpx

Empat lelaki ditahan disyaki pukul dua beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang daripada empat suspek lelaki yang ditahan polis kerana disyaki memukul pasangan anak beranak di hadapan rumah mereka di Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau di sini.

BALIK PULAU – Polis menahan empat lelaki setelah disyaki memukul pasangan anak beranak iaitu bapa dan anak lelakinya di hadapan rumah mereka di Kampung Pondok Upeh di sini.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, keempat-empat suspek berusia 18 hingga 26 tahun itu telah berjaya dikesan dan ditangkap di lokasi berasingan di sekitar Balik Pulau.

”Berdasarkan laporan yang diterima, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di Kampung Pondok Upeh, di mana suspek telah datang ke rumahnya untuk meminta hutang.

“Berlaku pertengkaran mulut sehingga suspek bertindak menampar muka mangsa (anak dan bapanya),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, semasa mangsa cuba menghubungi talian kecemasan 999, kira-kira 10 orang lelaki datang dan terus memukul kedua-dua mangsa menggunakan beberapa senjata iaitu kayu, topi keledar dan kerusi besi.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI