fbpx

Cukai taman tema dicadang turun sehingga 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dicadang untuk menurunkan kadar cukai sehingga 10 peratus kepada taman tema untuk membantu sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.

Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, cadangan itu dibuat berikutan kadar cukai yang dikenakan adalah tidak berpatutan iaitu sebanyak 25 peratus sama seperti kelab malam.

“Saya ingin bertanya, kepada menteri mengapakah cukai taman tema atau ‘theme park’ dikenakan sebanyak 25 peratus sama dengan cukai kelab malam, sedangkan taman tema ini merupakan tempat riadah bersama keluarga.

“Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar taman tema hanya dikenakan cukai sebanyak 10 peratus sahaja,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, tujuan utama pindaan RUU Cukai Pelancongan 2017 ini antara lain bertujuan memberi Menteri Kewangan kuasa untuk menetapkan butir-butir dalam invois atau resit di bawah akta ini.

“Dengan memotong subseksyen 66(3) Akta 791 dan memasukkan seksyen baru 69A dan 69B, ia akan memberikan fleksibiliti serta menjadikan industri pelancongan lebih maju masa hadapan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI