fbpx

Anak difitnah kacau suami orang, Azhar Sulaiman tak fikir nak saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR Sulaiman enggan memanjangkan cerita berhubung fitnah seorang wanita terhadap anaknya, Kasih Iris Leona.

PETALING JAYA – “Dengan saya, anda terselamat sebab saya masih memikirkan tentang kesihatan mental anda. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman.”

Demikian luahan berbaur amaran awal pelakon terkenal, Azhar Sulaiman mengambil pendekatan menahan diri daripada mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang menjatuhkan satu tuduhan besar buat anak gadisnya, Kasih Iris Leona.

Azhar atau nama sebenarnya, Hairi Azhar Sulaiman, 51, mengambil pendekatan tersebut kerana tidak mahu memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental wanita itu.

“Salam Nor Azira Othman. Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini dengan anda tentang Leona.

“Dengan saya, anda terselamat sebab saya masih memikirkan tentang kesihatan mental anda. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman,” kata pelakon filem Jimi Asmara itu menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Mendoakan yang baik-baik buat wanita itu, Azhar menasihatkan agar Nor Azira belajar lebih mendalam tentang dunia media sosial.

“Saya doakan yang terbaik buat anda dalam hidup semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

“Sedikit nasihat, carilah seorang kawan baharu yang mahir pasal media sosial ini,” coretnya lagi.

Sejak semalam, Leona yang juga pensohor media sosial difitnah menjalin hubungan dengan suami orang oleh seorang wanita tidak dikenali.

Terdahulu, Leona yang berusia 20 tahun membuat pendedahkan menerusi Twitter tentang tuduhan menjalin hubungan sulit dengan suami orang ketika berusia 12 tahun.

Leona memaklumkan perkara mengejutkan tersebut didedahkan pemilik akaun Instagram, @naosa25121985 atau Nor Azira Othman Said yang dipercayai seorang penipu atau ‘scammer’.

Antara tuduhan melulu dilakukan individu terbabit termasuklah mengatakan anak pelakon itu telah membelanjakan wang miliknya sebanyak RM3,000 setiap bulan dengan mempergunakan suaminya.

Leona juga difitnah sudah hilang dara berdasarkan kenyataan berbaur fitnah didedahkan wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.

“Saya rasa anak anda sudah tiada dara lagi sementelah saya masih dara ketika mengahwini suami saya,” demikian antara dakwaan dikemukakan wanita itu yang dimuat naik Leona dalam Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI