fbpx

19 kematian OKT bagi tempoh tujuh bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) semasa dalam tahanan di lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan bagi tempoh tujuh bulan sehingga 31 Julai 2022.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata, jumlah kematian tersebut melibatkan tiga kes akibat dijangkiti Covid-19 manakala dua kes disebabkan penyakit tibi.

“Turut direkodkan, tiga kes sawan disebabkan penyakit jantung dan empat kes lain-lain penyakit seperti paru-paru berair manakala kematian akibat gantung diri pula adalah sebanyak dua kes.

“Selain itu, lima lagi lagi kes berada dalam status ‘pending’,” katanya bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr. Nuing Jeluing (PBB) berkenaan punca kemantian individu dalam tahanan yang masih berlaku pada sidang Dewan Negara semalam.

Jonathan berkata, antara langkah-langkah yang diambil oleh PDRM untuk mengelakkan kematian OKT adalah mewujudkan perundangan kajian kes bahagian pematuhan standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Menurutnya, jabatan tersebut telah menjalankan fungsinya pada 1 Januari 2022 setelah mengambil alih tugas sebelum ini yang digalas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM.

“PDRM juga menjalankan pemeriksaan kesihatan atau fizikal ke atas OKT sebelum dimasukkan ke dalam lokap atau sekiranya terdapat aduan masalah kesihatan selain melaksana pemeriksaan berkala.

“Selain itu, pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) juga akan dilaksanakan secara berperingkat di 684 lokap PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi mengawasi dan memantau dan memastikan kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI