fbpx

1,270 ikan nemo dilepas di perairan Pulau Bidong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan melepaskan sebahagian daripada 1,270 ikan nemo di perairan Pulau Bidong dekat Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jabatan Pelancongan Terengganu melepaskan sebanyak 1,270 ekor ikan inggu atau lebih dikenali sebagai nemo di perairan Pulau Bidong dekat sini hari ini.

Ia merupakan sebahagian program Selaman Skuba Merdeka Bidong yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pelepasan ikan nemo terbanyak di negara ini.

Pengarah Pelancongan Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata, pelepasan 1,270 ekor ikan nemo berkenaan mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Pelepasan ikan tersebut juga sebagai simbolik ‘pembebasan’ sesuai dengan tema penganjuran program Selaman Skuba Merdeka Bidong iaitu Menyelam untuk Kebebasan.

“Anak ikan tersebut ditetas dan diternak di Pusat Penetasan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (Akuatrop) UMT setelah melalui kajian dan penyelidikan sejak tahun 2017,” katanya selepas merasmikan Selaman Skuba Merdeka Bidong di Pulau Bidong dekat sini hari ini.

Fadli Yusof berkata, Selaman Skuba Merdeka Bidong merupakan salah satu acara diatur sempena Bulan Menyelam Skuba Terengganu yang bakal berakhir 15 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI