fbpx

UPSI idam perbaiki prestasi di SUKIPT 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN atlet daripada 66 kontinjen yang akan memberi saingan pada temasya SUKIPT yang berlangsung di UPSI Tanjung Malim sehingga 21 Ogos ini.

TUAN rumah Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi ke-5 yang sedang berlangsung, kontinjen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan sekurang-kurang­nya untuk raih 15 pingat emas pada saingan kali ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, sasaran awal 15 pingat emas tersebut tidak mustahil buat kontinjen UPSI yang kini berada di kedudukan lima teratas jika dibandingkan prestasi edisi sebelum ini pada tahun 2018.

“Jika edisi SUKIPT sebelum kita berada di kedudukan yang kelapan keseluruhan, tidak mustahil UPSI mampu menggondol lebih banyak pingat lebih-lebih lagi menjadi hos pe­nganjuran edisi ini.

“Alhamdulillah, pada hari pembukaan, atlet silat berjaya menghadiahkan sebutir emas dan UPSI optimis untuk meng­ungguli lebih banyak acara selepas ini seperti karate, memanah, lawn bowl, renang, olahraga dan sofbol,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian perkampungan sukan di Ge­langgang Aminuddin Baki, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malin.

Program Perkampungan Sukan SUKIPT 2022 dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Norisma Mohd. Ismail sekali gus meraikan ketibaan 66 kontinjen kalangan IPTA dan IPTS seluruh negara.

Ketua Sekretariat SUKIPT 2022, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, tradisi penganjuran Perkampungan SUKIPT yang diadakan bertujuan meraikan para atlet yang berkampung di kampus saling berkenal satu sama lain dan mengeratkan silatu­rahim semua atlet yang mewakili kontinjen masing-masing.

“Tidak mustahil penganjuran di UPSI kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya,” jelasnya. lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI