fbpx

Selangor cadang larang beg plastik Sabtu, Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (dua kanan) merasmikan pusat pengumpulan E-Waste di Taman Alam Perdana, Puncak Alam hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri bercadang menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Sabtu dan Ahad di semua premis perniagaan berdaftar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dan kajian menyeluruh mengenai penguatkuasaan baharu tersebut.

Katanya, inisiatif itu berikutan tahap penggunaan beg plastik masih tinggi walaupun caj 20 sen dikenakan terhadap pengguna di Selangor.

“Statistik menunjukkan jumlah kutipan caj pada 2020 adalah RM5.8 juta dan ia semakin meningkat sehingga RM6.8 juta pada tahun lalu.

“Justeru, kita bercadang mahu melarang sepenuhnya penggunaan beg plastik di semua premis berdaftar pada Sabtu dan Ahad nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Pengumpulan E-Waste Taman Alam Perdana, Puncak Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, larangan itu bagaimanapun tidak tertakluk kepada peniaga kecil terutama yang menjaja di tepi jalan.

Tambah Loy Sian, pihaknya belum bercadang untuk menaikkan caj beg plastik sedia ada sehingga 2025 dengan mempertingkatkan pelbagai kempen kesedaran di semua peringkat termasuk sekolah.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan kajian sedang dilakukan dalam menaikkan jumlah denda kepada RM10,000 daripada RM2,000 sebelum ini terhadap pembuang sampah haram.

“Ini masih dalam perbincangan kerana kita perlu membuat pindaan ke atas Undang-Undang Kecil (UUK) pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ramai masih tidak endah kerana denda ketika ini masih rendah iaitu RM2,000,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI