fbpx

MAHA 2022 tarik lebih 1.4 juta pengunjung, catat jualan lebih RM260 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Pavilion Negeri Terbaik, Anugerah Segmen Paling Viral, Anugerah Jualan Paling Tinggi dan Anugerah Khas bagi Pengunjung ke 1,100,001 selepas menyempurnakan majlis penutup MAHA 2022 di sini hari ini. /FOTO AMIR KHALID

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 berjaya menarik lebih 1.4 juta pengunjung iaitu 1.2 juta pengunjung secara fizikal dan 266,000 pengunjung secara maya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, MAHA pada kali ini juga telah mencatatkan jualan paling tinggi iaitu lebih RM260 juta.

Beliau berkata, jualan itu merangkumi jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara.

“Secara keseluruhan MAHA 2022 telah menampilkan 22 segmen khusus untuk mengangkat sektor agromakanan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk diceburi oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Apatah lagi, MAHA kali ini dianjurkan pada ambang bermulanya pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2. Program ini juga telah menampilkan pelbagai inovasi moden dalam sektor agromakanan berasaskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0),” katanya pada Majlis Penutup MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Setiausaha (KSU) MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Tambah beliau, MAHA 2022 turut memberi ruang dan peluang kepada peniaga kecil untuk menjual produk mereka setelah sekian lama berdepan kesukaran pemasaran berikutan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran MAHA kali ini juga telah menyaksikan pemeteraian 33 perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM5.64 bilion ringgit.

Jelas beliau, perjanjian kerjasama ini melibatkan pebagai pihak terdiri daripada pengusaha antarabangsa dan pengusaha tempatan.

“Saya berharap agar segala bentuk kerjasama yang telah dimeterai ini dapat direalisasikan supaya ia dapat dan terus menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI