fbpx

Liga Perdana Inggeris: Nottingham kejutkan West Ham 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taiwo Awoniyi meraikan jaringan yang dilakukan untuk menbantu Nottingham Forest melakar kemenangan pertama EPL musim ini.

LONDON – Pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest merekodkan kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan West Ham United 1-0 pada perlawanan di Stadium City Ground sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Hammers kendalian David Moyes membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan terdiri daripada Michael Antonio, Jarrod Bowen dan Said Benrahma.

Ketiga-tiga pemain tersebut cuba merencanakan gerakan bahaya ke kubu pasukan tuan rumah tetapi percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran.

Malah, Benrahma telah menjaringkan gol pada minit ke-43 tetapi ia dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR).

Tuah memihak kepada Forest untuk meledak gol pembukaan hasil ledakan penyerang Taiwo Awoniyi pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Forest terus ghairah memburu gol tetapi jaringan yang dilakukan oleh Brennan Johnson turut dibatalkan oleh VAR pada minit ke-53.

West Ham berpeluang menyamakan kedudukan selepas diberikan sepakan penalti selepas bola terkena pertahanan Forest, Scott McKenna pada minit ke-62.

Bagaimanapun, kapten The Hammers, Declan Rice gagal menyempurnakan sepakan tersebut apabila rembatannya diselamatkan penjaga gol, Dean Henderson.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 1-0 kekal memihak kepad Forest sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI