PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda lima negeri menjelang malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Perlis dan Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
“Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda negeri Perak melibatkan kawasan sekitar Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Selain itu, cuaca yang sama dijangka turut berlaku di Pahang termasuk daerah Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan,” katanya hari ini.
Tambahnya, cuaca buruk turut akan berlaku di Negeri Sembilan melibatkan kawasan sekitar Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol sehingga malam ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE