PETALING JAYA – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 skala Ritcher dilaporkan berlaku di kawasan Ranau, Sabah pada pukul 7.27 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan 13 km Barat Laut dari Ranau.
“Gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE