fbpx

Futsal wanita Universiti Malaya menang bergaya SUKIPT 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain futsal wanita Universiti Malaya meraikan kejayaan merangkul pingat emas selepas menundukkan UPM.

TANJONG MALIM – Pasukan futsal wanita Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai juara selepas menundukkan Universiti Putra Malaysia (UPM) 8-1 pada saingan akhir liga sepusingan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 sebentar tadi.

Skuad futsal wanita UM berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi empat daripada lima perlawanan pada temasya edisi kelima tersebut.

Jurulatih futsal UM, Farhanah Abdullah mengakui dia cukup berpuas hati dengan penampilan anak buahnya itu sepanjang perlawanan tersebut.

“Kejuaraan ini amat manis buat kami kerana pada aksi Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2022 sebelum ini kami tumpas dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di pentas final.

“Ini semua adalah misi balas dendam dan lagi manis semua pemain menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Mereka juga bermain dengan cemerlang pada setiap perlawanan,” katanya ketika ditemui di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI).

Dalam pada itu, Farhanah turut mengakui banyak perkara perlu diperbaiki pasukannya terutama penyudah lebih tajam.

“Saya lihat masih terdapat lagi kekurangan terutama kegagalan memanfaatkan segala peluang. Pada saya, siapa yang ambil peluang dia akan menang. Itulah futsal.

“Kalau dilihat corak permainan mereka ada, tapi bila sampai di hujung mereka tak dapat buat penyudah. Jadi, itu adalah perkara paling besar yang perlu ditambah baik pasukan futsal wanita UM pada akan datang,” katanya.

Untuk rekod, skuad futsal wanita UM berjaya mengumpul 12 mata daripada lima perlawanan sekali gus melayakkan mereka meraih emas.

Manakala, pingat perak diraih Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan gangsa Kolej Poly-Tech Mara (KPTM). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI