fbpx

F1: Kedudukan Mick Schumacher makin terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK memulakan musim ini dengan aksi kurang baik, namun persembahannya berubah sejak akhir-akhir ini apabila kembali menemui prestasi. – AFP

LONDON – Kedudukan Mick Schumacher bersama Haas pada musim depan bakal terancam selepas beberapa nama dikaitkan akan menyertai pasukan tersebut.

Bekas pemandu Formula Satu (F1), Ralf Schumacher percaya anak buahnya, Mick bakal bersaing dengan pelumba Formula Dua (F2) untuk mendapat kontrak bersama Haas terutama Felipe Drugovich yang kini mendahului saingan tersebut.

Ketika ini, Haas belum meng­umumkan sebarang keputusan mengenai kontrak bagi musim depan meskipun timbul khabar angin kontrak pemandu berusia 23 tahun berakhir pada penghujung musim ini.

“Apa yang saya boleh katakan ialah Mick memulakan saingan F1 dengan keputusan yang tidak berapa baik jika dibandingkan de­ngan rakan sepasukannya, Kevin Magnussen.

“Bagaimanapun, selepas beberapa pusingan Mick dilihat mula mempamerkan persembahan yang positif apabila meng­akhiri saingan di tempat kelapan di Grand Prix (GP) British dan tempat keenam di GP Austria.

“Saya harap dia dapat mengekalkan prestasi terbaik ketika Haas akan membawa pakej baharu pada jentera mereka tidak lama lagi,” kata Ralf.

Ralf turut mengakui keputusan akhir pasukan Haas mengenai senarai pemandu mereka bagi musim 2023 akan terjawab beberapa bulan akan datang.

“Kebiasaannya pasukan akan mengumumkan barisan pemandu mereka pada Ogos dan September. Ketika ini ada beberapa nama dalam radar antaranya ialah Drugovich. Jika Mick mampu terus meraih mata kemungkinan peluangnya untuk kekal bersama Haas cerah,” ujar Ralf. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI