fbpx

Empat pendaki sesat di Gunung Chabang ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pendaki yang menyertai aktiviti pendakian di Gunung Chabang, Simpang Pulai semalam.-FOTO: JBPM PERAK

IPOH – Empat pendaki yang dilaporkan sesat ketika aktiviti pendakian di Gunung Chabang, Simpang Pulai di sini semalam, ditemukan dalam keadaan selamat.

Kesemua pendaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa turun ke kaki gunung pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, empat pendaki sesat itu masuk ke dalam hutan berkenaan bersama 15 pendaki lain dan dua malim gunung pada pukul 8.30 pagi.

Bagaimanapun katanya, sehingga pukul 6.30 petang, hanya 17 pendaki yang selamat turun manakala empat pendaki lain tersesat di dalam hutan.

“Pihak polis menerima maklumat kejadian itu melalui panggilan telefon kecemasan Mers 999 oleh seorang lelaki yang memberitahu dia telah sesat di dalam hutan bersama tiga rakan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dilancarkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bagi mencari mangsa yang sesat di Gunung Chabang berhampiran Pos Slim, Simpang Pulai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI