fbpx

Dadah lebih RM814,000 dirampas dalam tiga hari di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan mengandungi dadah jenis ganja dan heroin yang dirampas dalam serbuan di Kampung Padang Demit, Kubang Kerian dekat Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM814,000 dan menahan seramai 301 suspek dalam Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lalu sehingga semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada keseluruhan rampasan itu, sebanyak RM499,832 melibatkan empat jenis dadah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Demit, Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak tiga kilogram dadah jenis ganja, heroin (3.05 kilogram), pil erimin 5 (800 biji), pil kuda (2,000 biji) dan 24.37 gram.

“Kesemua dadah-dadah tersebut dirampas di dalam sebuah bilik rumah berkenaan, namun tiada tangkapan dijalankan di situ.

“Polis menjalankan serbuan di ruman berkenaan selepas menahan dua lelaki yang bekerja sebagai berusia 52 tahun dan 34 tahun di sebuah rumah di Pasir Mas pada hari yang sama.

“Pemeriksaan mendapati, kedua-dua suspek menyimpan ganja seberat 453.75 gram, heroin (50 gram), pil psikotropik (40 biji) dan pil erimin 5 (tiga biji) yang bernilai RM27,780,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, kedua-dua suspek yang positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah direman selama tujuh hari bermula semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI