fbpx

Anggota polis maut motosikal rempuh BMW ketika melalui selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah BMW di Kilometer 2, Jalan Batang Kali-Genting Highland, dekat sini hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta ketika melalui satu selekoh di Kilometer 2, Jalan Batang Kali-Genting Highland, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Lans Koperal Mohd. Zarif Affandi, 31, yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Benelli dan kereta jenis BMW.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa anggota polis tersebut menunggang motosikal dari Petaling Jaya menuju Genting Highlands.

“Sebaik tiba di tempat kejadian yang merupakan selekoh tajam, motosikal mangsa telah masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta BMW yang datang dari arah tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ekoran kemalangan itu, mangsa yang mengalami pendarahan dalaman disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

“Manakala pemandu kereta BMW yang berusia 63 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan,” ujarnya.

Jelas beliau, anggota polis tersebut bertugas di Balai Polis Petaling Jaya dan dilaporkan sudah berkahwin.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI