fbpx

Villa manfaat aksi di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Aston Villa meraikan gol pembukaan yang dijaringkan Danny Ings ketika menewaskan everton 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park hari ini.

BIRMINGHAM – Aston Villa bangkit daripada kekecewaan minggu lalu untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Villa Park sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menampilkan aksi cukup seimbang pada awal perlawanan, namun Villa tersentak seketika apabila Anthony Gordon meletakkan Everton 1-0 di depan pada minit ke-24, namun gol tersebut dibatalkan akibat ofsaid.

Villa yang bimbang dengan ancaman dilakukan pasukan pelawat kemudian melancarkan serangan demi serangan ke arah pintu gol The Toffees dan ia berbaloi apabila penyerang, Danny Ings tenang menyempurnakan hantaran Ollie Watkins pada minit ke-31.

Everton kemudian menampilkan aksi lebih agresif bagi memburu gol penyamaan menerusi trio serangan Gordon, Demarai Gray dan Dwight McNeil, namun kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Villa yang belum selesa dengan defisit satu gol cuba menggandakan kedudukan menerusi beberapa percubaan berbahaya termasuk sepakan gunting dilakukan Emiliano Buendia pada minit ke-74.

Ketika perlawanan dilihat hampir pasti berkesudahan 1-0, gerakan yang dilakukan jentera serangan Villa pada minit ke-85 membuahkan hasil apabila Buendia mudah menolak masuk hantaran Watkins untuk gol kedua Villa.

Bagaimanapun, dua minit berselang, Everton berjaya merapatkan kedudukan 2-1 selepas percubaan bek kiri Villa, Lucas Digne untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya menerjah gawang sendiri.

Kemenangan itu pastinya dapat mengurangkan tekanan ke atas pengurus Villa, Steven Gerrard selepas penyokong mempersoalkan kemampuannya ketika tewas 0-2 kepada pasukan yang baru dinaikkan pangkat, Bournemouth minggu lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI