fbpx

UiTM gegar gelanggang Petanque

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad petanque UiTM beraksi cemerlang di SUKIPT 2022

TANJUNG MALIM – Skuad petanque Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempamerkan aksi cemerlang selepas membutirkan dua pingat emas pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di di gelanggang petanque, Kampus Sultan Azlan Shah, emas UiTM itu hadir dalam acara perseorangan wanita, Athirah Sareh yang menewaskan wakil Kolej Polytech MARA (KPM), Nur Afiqah Jasni 13-5 pada perlawanan akhir.

Beregu lelaki UiTM yang diwakili Syed Afiq Fakhri Syed Ali dan Haris Jonaidey meneruskan rentak cemerlang UiTM apabila menumpaskan gandingan Politeknik, Muhammad Darwish Hariri Waheb dan Ahmad Arif Hakimi Mohd Hannizan menerusi kemenangan 13-2.

Bagaimanapun hasrat beregu wanita, Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali dan Nur Zahrah Burhan Shahidi untuk menjelmakan emas ketiga UiTM tidak kesampaian apabila tumpas kepada gandingan Politeknik Nur Anis Shamiera Nazuha Mohd. Nadzry dan Nuraini Zulpetry 5-13 pada aksi akhir.

“Saya sangat berbangga dengan aksi yang ditampilkan atlet pada perlawanan ini. Alhamdulillah kami berjaya mencapai sasaran yang diletakkan UiTM bagi sukan petanque di temasya.

“Saya harap momentum ini dapat diteruskan dalam acara triple lelaki dan wanita yang akan berlangsung pada Isnin,” kata jurulatih skuad petanque UiTM, Syed Ali Syed Akil.

Hasil kemenangan tersebut, UiTM kini mengumpul tiga pingat emas selepas meraih satu pingat emas dalam acara karate menerusi atlet terbaiknya, Pressy Misty Philip. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI