fbpx

Rempit ‘superman’ masuk jerat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal yang diberkas polis selepas dipercayai melakukan aksi bahaya termasuk ala 'superman' di Pantai Seagate, George Town awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Tiga mat rempit yang dipercayai menunggang ala superman diberkas polis menerusi satu Op Samseng Jalanan di Pantai Seagate di sini awal pagi tadi.

Tiga penunggang motosikal berusia 19 hingga 36 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) dalam operasi bermula pukul 1 pagi itu.

Aksi bahaya yang dilakukan penunggang motosikal terbabit telah berjaya dirakam polis yang berada di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil pemerhatian semasa operasi dijalankan terdapat kumpulan motosikal menunggang secara menduga kelajuan dan beraksi dengan membongkokkan badan (superman).

“Tindakan mereka jelas berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Oleh itu, tiga penunggang motosikal lelaki yang masing-masing bekerja kilang, dan seorang penyelia lif ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 11 keping saman telah dikeluarkan ke atas penunggang terbabit selain menyita dua buah motosikal dan 11 saman dikeluarkan terhadap pesalah trafik lain.

Pada 9 Ogos lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak dalam satu sidang media memberitahu, gambar-gambar mat motor yang terlibat dengan aktiviti merempit dan lumba haram akan dirakam menerusi kamera pihak berkuasa sebelum mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pendekatan baharu yang diambil pihak berkuasa adalah bagi membendung kegiatan mat rempit selain memelihara keselamatan pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI