fbpx

Rahsia kuat, S. Atan makan berat sekali sehari, tak lokek rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komposer berpengalaman, S. Atan berkongsi tip kekal bertenaga usia sudah menginjak 73 tahun.

PETALING JAYA – Komposer dan penerbit album, S. Atan berkongsi rahsia kekal bertenaga dan kuat walaupun sudah menginjak usia 73 tahun.

S. Atan yang juga bapa saudara kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS itu berkata, diet perlu selari dengan usia dan itulah antara rahsianya kekal aktif biarpun sudah berusia lebih 70 tahun.

“Alhamdulillah, tiada apa rahsia sangat pun sebenarnya. Cuma saya kalau ambil makanan (berat) sekali sehari sudah cukup.

“Begitu juga dengan kualiti tidur. Cuma sebelah mata kiri saya sahaja yang tidak sudah tidak nampak,” katanya pada majlis sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-73 di ibu kota, baru-baru ini.

Isterinya, Norizan Yeob, 58, mendedahkan, S. Atan seorang yang sangat tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Ada satu sikap yang saya nampak ialah beliau ini suka gembirakan kawan-kawan sekeliling.

Komposer, S. Atan (dua dari kanan) menyambut hari kelahiran yang ke-73 tahun minggu lalu di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

“Pernah beliau pinjamkan duit, demi untuk kesenangan orang lain. Memang nak sangat membahagiakan kawannya. Sampaikan ada ketikanya saya sendiri rasa pelik dengan suami sendiri.

“Kadang-kadang saya ada cakap kepadanya, tak boleh begini. Nanti orang akan fikir lain. Cuma itulah, dia suka tengok orang lain bahagia. Tapi kami tidak pernah terfikir pun untuk dapat balasan daripada apa yang dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, ahli pernigaaan Datuk Seri Rohaizat Musa, 46, yang sudi meraikan sesi sambutan berkenaan sebagai ‘hadiah’ menyatakan rasa gembira kerana majlis berjalan lancar sebagaimana yang diharap-harapkan.

“Kalau boleh, saya mahu ulang tahunnya kali ini menjadi suatu momen yang bermakna, jadi kenangan terindah. Malah kalau kita lihat, ramai selebriti senior hadir yang secara tak langsung menunjukkan wujudnya satu perhubungan yang baik dengan beliau. Saya dan isteri pun meminati beliau,” katanya.

Terdahulu pada 14 Mei lalu, sebuah konsert tribute istimewa dianjurkan khas bagi menghargai jasa lebih empat dekad S. Atan dalam mewarnai industri muzik tempatan denerusi barisan lagu raya yang menggamit memori.

Konsert Cahaya Aidilfitri – A tribute to S. Atan bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dengan pimpinan konduktor, Ahmad Muriz Che Rose tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada tiga penyanyi handal Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI