fbpx

Maverick Vinales sedia bantu Aleix Espargaro jadi juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES (belakang) sedia membantu Espargaro untuk muncul juara dunia MotoGP dengan memintas pendahulu keseluruhan ketika ini, Quatararo (depan) pada baki saingan musim ini. – AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales bertekad untuk membantu pasukan Aprilia menjuarai gelaran dunia pertama mereka pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas pasukan itu menampilkan aksi konsisten sepanjang musim ini.

Vinales yang berjaya meraih dua podium musim ini dan dan terbaharu menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Grand Prix (GP) Britain minggu lalu yakin pasukannya mampu melakukan kejutan.

Bagaimanapun, Vinales me­ngakui dia tidak mempunyai kesempatan untuk memburu gelaran dunia musim ini kerana kedudukannya sangat jauh dengan Fabio Quartararo selepas pelumba Yamaha itu menduduki tangga teratas dengan mengumpul 180 mata.

Justeru, Vinales yang menduduki tangga kesembilan kese­luruhan itu mahu membantu rakan sepasukannya, Aleix Espargaro memburu gelaran dunia musim ini selepas hanya dipisahkan 22 mata dengan Quartararo.

“Saya sentiasa yakin dengan kebolehan saya dan perkara utama ketika ini ialah saya mahu Aprilia menjuarai gelaran dunia.

“Sukar untuk saya untuk mengejar gelaran dunia kerana ketinggalan 98 mata dengan Quartararo dan perlumbaan juga kini hanya berbaki lapan pusingan.

“Jika boleh, saya akan membantu Espargaro dan Aprilia. Saya rasa itu cara yang baik ­untuk menunjukkan penghargaan saya kepada pasukan ini,” kata bekas pelumba Yamaha tersebut.

Pada tahun lalu, pasukan Aprilia telah ‘menyambar’ ­khidmat Vinales sebagai pelumba baharu musim ini selepas ­me­ninggalkan jentera Yamaha yang sertainya pada 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI