fbpx

MAHA 2022 rai pengunjung ke sejuta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald bergambar bersama Fatin Nur Aqilah yang merupakan pengunjung bertuah ke 1,000,000 di MAHA 2022 hari ini.

PUTRAJAYA – Sasaran 1.1 juta pengunjung fizikal yang disasarkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 hampir tercapai.

Petang tadi, jumlah pengunjung fizikal yang hadir ke MAHA 2022 akhirnya mencecah sejuta orang sejak dilancarkan pada 4 Ogos lalu.

Pengunjung bertuah ke 1,000,000 itu menjadi milik Fatin Nur Aqilah Ramli dari Bangi, Selangor yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan baucer bernilai RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee petang tadi.

Ronald menerusi hantaran di Facebook berkata, jumlah pengunjung MAHA 2022 akhirnya telah melebihi sejuta pengunjung hari ini.

“Hadiah lagi istimewa menanti pengunjung secara fizikal ke-1,100,001 esok. Terima kasih Keluarga Malaysia atas sokongan hadir ke MAHA 2022,” katanya.

Berdasarkan rekod, jumlah pengunjung bagi hari ke-10 MAHA 2022 mencecah 150,000 hari ini.

Pagi tadi, MAHA 2022 meraikan pengunjung ke 850,000 dimana pengunjung bertuah milik Shaidan Ahmad dari Shah Alam, Selangor.

Shaidan membawa pulang wang tunai RM1, 000, baucer MAEPS Shoppe bernilai RM1,000 dan hamper buah-buahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI