JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang keliru sama ada mahu menyelamatkan teman wanita atau telefon bimbitnya terlebih dahulu ketika kedua-duanya dihempas oleh ombak pantai, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ayodolan.
Rakaman tersebut memaparkan sepasang kekasih sedang bercuti di tepi sebuah pantai. Mereka ingin merakam video sambil bersiar-siar di sekitar pantai.
Teman wanita lelaki itu itu sudah berada di pantai untuk sesi berkenaan tetapi dia masih memasang kamera.
Sebelum sempat pergi ke pantai, teman wanitanya tiba-tiba dihempas ombak kuat sehingga menyebabkannya terjatuh.
Melihat kejadian itu, lelaki itu terus berlari untuk membantu teman wanitanya tetapi pada masa yang sama, telefon bimbitnya hampir dihanyutkan ombak.
Dia keliru sama ada mahu membantu teman wanitanya atau mendapatkan telefon terlebih dahulu. Dia menyelamatkan telefonnya sebelum berlari ke arah teman wanita nya.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Pilihan yang sukar,” kata seorang netizen.
“Ketika gadget lebih berharga daripada si dia,” komen netizen lain. – Agensi