PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda dua negeri di utara Semenanjung iaitu Kedah dan Pulau Pinang pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca tersebut dijangka akan melanda Kedah melibatkan kawasan di Langkawi dan seluruh negeri Pulau Pinang sehingga pukul 11 pagi.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.