fbpx

Graduan bimbang majikan mahu pekerja ada pengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESNITA (kanan) bersama pensyarahnya melakukan kajian arkeologi di Pahang baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Sikap skeptikal atau kurang percaya majikan kepada lepasan graduan universiti terutama yang memiliki ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana membuatkan mereka bimbang untuk memasuki alam pekerjaan kelak.

Rata-rata yang ditemui Kosmo! di sini mengatakan tindakan pihak syarikat atau majikan yang menilai dari segi pengalaman yang luas, manakala tahap pendidikan bukannya lagi menjadi ukuran dan pilihan tepat dianggap sebagai realiti paling menakutkan.

Mereka yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta itu kini juga tidak dapat membayangkan keadaan yang berlaku sebaik melangkah ke alam pekerjaan atau ketika menghadiri ke sesi temu duga susulan sikap terlalu memilih majikan terbabit.

Bagi seorang penuntut Ijazah Sarjana Arkeologi di Universiti Sains Malaysia, Esnita Sonie, 28, budaya majikan sebegini tidak sepatutnya berlaku di negara ini sebaliknya pihak berkenaan perlu memberi peluang kepada individu yang memiliki ijazah.

Akuinya, sikap ‘demand’ berhubung kadar bayaran gaji dalam kalangan lepasan universiti dikatakan berlaku hanya minoriti.

“Paling penting, nilai cara kerja dan kemampuan kami dahulu (lepasan graduan diploma dan ijazah). Tidak adil bagi kami yang memilih untuk menyambung pelajaran di peringkat tinggi demi masa depan yang lebih cemerlang, tetapi akhirnya tidak diberi atau diterima bekerja.

Kelmarin, akhbar Kosmo! me­laporkan pengalaman kerja minimum tiga tahun dalam bidang diceburi menjadi kriteria utama sebah besar syarikat di negara ini untuk upah pekerja berbanding mengambil graduan baharu.

Sementara itu, seorang lagi graduan, Muhammad Imran Adnan, 31, pula berkata, sudah 20 temu duga dihadirinya, namun syarikat memilih calon ada pe­ngalaman lebih setahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI