fbpx

Erling Haaland akan jadi senjata paling berbisa buat The Citizens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND diharap menjadi senjata paling ampuh yang pernah dibimbing oleh Guardiola untuk menjulang City pada saingan EPL. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mahu penyerang baharu kelab, Erling Haaland meneruskan sikap positif bagi memastikan dapat terus meledak pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth di Stadium Etihad malam ini.

Kata Guardiola, penyerang antarabangsa Norway itu sememangnya menjadi sandaran utama pasukan dalam usaha memburu gol selepas meledak dua jaringan ketika menewaskan West Ham pada aksi pembukaan minggu lalu.

“Haaland telah menjaringkan dua gol pada aksi pertama yang lepas dan sudah tentu dia akan menjadi sandaran utama buat kami untuk mendapatkan jari­ngan pada pertemuan menentang Bournemouth nanti.

“Dia kini menjadi senjata buat jentera serangan kami kerana memberikan dimensi berbeza khususnya daripada segi penyudah. Namun, masih ada beberapa kelemahan yang saya mahu Haaland dan pemain-pemain perbaiki.

“Antaranya adalah bagi membuka lebih banyak ruang dan peluang buat Haaland kerana kalau boleh, saya mahu setiap serangan membuahkan gol. Apa yang pasti, saya akui kehadiran Haaland melengkapkan jentera serangan kami yang agak tidak bermaya musim lepas,” katanya.

Sementara itu, Haaland yang berhijrah daripada kelab Borussia Dortmund mengakui tidak sabar untuk meneruskan sentuhan jaringan selain berharap untuk memastikan pasukan dapat melakar kemenangan kedua berturut-turut.

“Sudah tentu saya sangat te­ruja dapat membantu pasukan pada perlawanan lepas tetapi ia sudah menjadi sejarah. Saya terus fokus untuk mencetak nama selaku penjaring pada perlawanan seterusnya dan bekerja keras pada sesi latihan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI