fbpx

Empat hari bapa hilang di laut, keluarga adakan solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan percutian keluarga bersama Ahmad Zamri (belakang, dua dari kiri) di Cameron Highlands minggu lalu. – IHSAN KELUARGA

PASIR PUTEH – Ahli keluarga Ahmad Zamri Ishak, 66, nelayan yang masih hilang di perairan Pulau Redang, Terengganu me­lakukan solat hajat di dua buah masjid di Cherang Ruku, di sini sejak Isnin lalu.

Siti Zahratul Amani, 25, berkata, seluruh ahli keluarga dan jemaah Masjid Al-Husna dan Masjid At-Taqwa bersepakat me­laksanakan solat hajat agar urusan penemuan bapanya, Ahmad Zamri dipermudahkan.

“Kali terakhir semua ahli keluarga termasuk anak dan cucu bertemu dengannya (Ahmad Zamri) di Cameron Highlands, Pahang beberapa hari sebelum kehilangannya. Kami menginap di sana selama dua malam bagi menceriakan bapa selepas kematian ibu.

“Kami pulang ke Cherang Ruku pada Sabtu dan menghantar­nya ke jeti perikanan keesokan harinya. Kami tidak me­nyangka mendapat perkhabaran duka mengenai kehilangan bapa pada Isnin lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Klinik Cherang Ruku di sini semalam.

Sehingga semalam, pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian Ahmad Zamri dan Raja Zainudin Raja Ibrahim yang masih hilang.

Siti Zahratul Amani membe­ritahu, adik-beradik lelaki dan iparnya kini berada di Pulau Redang untuk membantu penca­rian bapanya bersama nelayan tempatan.

Menurutnya, bapa merupakan orang yang biasa dengan laut, namun ia sekadar hobi selepas bersara sebagai mekanik di Felda Ciku, Gua Musang.

“Kami reda dengan segala yang telah terjadi. Ia merupakan ujian buat kami apabila kehila­ngan kedua-dua orang tua yang dicintai dalam tempoh terdekat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI