fbpx

Thinaah yakin huni ‘top 10’ beregu terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thinaah menunjukkan pingat emas Sukan Komanwel dimenanginya dan sumbangan peribadi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunaraj George.

KLANG – Pemenang pingat emas Sukan Komanwel di Birmingham, M.Thinaah optimis mampu menduduki kelompok 10 beregu badminton wanita terbaik dunia tahun ini.

Keyakinan itu bersandarkan kejayaan dan prestasi bersama gandingannya, Pearly Tan yang kini di landasan terbaik merealisasikan sasaran berkenaan.

Thinaah, 24, berkata, komunikasi dan keserasiannya dengan Pearly dalam setiap perlawanan sejak digandingkan tiga tahun lalu semakin baik.

“Namun, kami masih perlu memperbaiki kelemahan yang ada dan fokus untuk bermain sebaik mungkin terutama memenangi setiap perlawanan.

“Saya yakin emas Komanwel menjadi penyuntik semangat bagi kami mencapai sasaran menjadi ‘top ten’ beregu dunia nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediaman keluarganya di Bandar Bukit Tinggi di sini, petang semalam.

Jelas Thinaah, dia akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun bermula 22 Ogos depan.

“Kami akan kembali menjalani latihan bermula esok (hari ini) di Bukit Jalil sebelum bertolak ke Jepun pada Khamis minggu depan,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI