fbpx

SUKIPT: UiTM optimis mampu capai sasaran 22 emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAZILI (baris depan di tengah) melaungkan kata-kata semangat bersama semua atlet dan kontinjen yang bersaing pada SUKIPT 2022 di UPSI, Tanjung Malim bermula hari ini.

SHAH ALAM – Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) optimis menyasarkan kutipan 22 pingat emas pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 yang bermula esok.

Sasaran itu bakal disandarkan kepada 370 atlet yang menyertai edisi kali kelima di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, sasaran 22 emas itu masih dianggap realistik biarpun jumlah penyertaan atlet sedikit menurun.

“Faktor penangguhan SUKIPT selama dua tahun akibat Covid-19­ diakui sedikit menjejaskan persiapan atlet selain ada yang menghadapi peperiksaan akhir.

“Namun, kita kekal yakin kontinjen UiTM mampu meraih sasaran emas ditetapkan dan menduduki tiga kelompok terbaik edisi kali ini,” katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen di Kompleks Sukan UiTM semalam.

Lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen mengesahkan penyertaan pada SUKIPT kali ini melibatkan IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti bagi me­rebut 210 pingat emas daripada 21 acara­ yang dipertandingkan sehingga 21 Ogos depan.

Edisi terakhir yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 2018 lalu menyaksikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan juara keseluruhan.

Jelas Mohd. Sazili, pingat emas yang disasarkan meliputi sukan kayak, catur, boling padang, silat dan memanah.

“Sasaran itu mungkin sedikit menurun berbanding sebelum ini kerana banyak acara yang digugurkan.

“Kita menerusi 197 atlet lelaki dan 175 wanita bagaimanapun akan melakukan sebaik mungkin seperti kecemerlangan menjadi johan keseluruhan pada 2014 dan 2016 lalu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI