fbpx

Saya bergelek selepas akikah, dibayar puluh ribu – Ifa Raziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFA RAZIAH mempertahankan persembahan tarian geleknya dalam sebuah majlis yang dikecam netizen baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan”.

Itu jawapan oleh penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah ketika menjawab soalan media tentang tohmahan netizen selepas dikecam berkelakuan tidak sopan (bergelek) sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini.

Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkata, terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.

“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Tambah Ifa lagi, ketika dia membuat persembahan, ahli agama (ustaz) sudah pun pulang dan isu konon-kononnya dia merosakkan majlis akikah yang diberkati itu tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.

“Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.

Penyanyi berusia 47 tahun itu pada masa sama menganggap tindakan menari gelek yang dilakukan tempoh hari bukanlah suatu masalah besar memandangkan dia telah dibayar berpuluh-puluh ribu untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.

“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.

“Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham,” jelas Ifa yang ditemui pada majlis sidang media program baharu TV3, Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre, One Utama di sini, semalam.

Terdahulu, pelantun lagu Ser Ser Ser itu dikecam hebat netizen selepas dilihat bergembira dan bergelek sakan ketika membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah.

Video yang tular dalam TikTok itu mendapat teguran daripada netizen yang kecewa kerana menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab bahkan mencemarkan kemuliaan sesebuah majlis agama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI