fbpx

Robot lindungi Cape Canaveral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing robot ini boleh berfungsi secara autonomi atau dikawal oleh manusia menggunakan alat kawalan jauh. - Tentera Angkasa Lepas AS

CAPE CANAVERAL, FLORIDA – Tentera Angkasa Lepas Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan robot anjing bernilai £123,000 (RM666,686) bagi melakukan rondaan di pangkalan Cape Canaveral, Florida, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pangkalan itu terletak bersebelahan dengan pad pelancaran roket bagi kebanyakan misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsan (NASA) dan SpaceX.

Penggunaan  robot bagi tujuan rondaan keselamatan itu dijangka dapat menjimatkan tenaga kerja manusia.

Pasukan tersebut akan menggunakan robot itu  sebagai ‘mata dan telinga’ mereka di kawasan-kawasan rahsia dalam pangkalan itu selain memantau sebarang kerosakan.

Robot anjing  itu juga boleh memberikan bantuan sekiranya berlaku insiden kecemasan seperti kebakaran atau pengosongan kawasan.

Tentera  Angkasa Lepas AS yang bertanggungjawab untuk semua misi pelancaran dari Cape Canaveral dan Pusat Angkasa  Kennedy dilaporkan telah melakukan ujian selama dua hari bagi robot anjing  Vision 60 itu.

Robot tersebut boleh berfungsi secara autonomi atau dikawal oleh manusia menggunakan alat kawalan jauh. Ia menjadi popular selepas digunakan oleh beberapa cabang tentera AS.

Pada 2020, Tentera Udara AS turut menguji robot-robot tersebut.

“Robot anjing ini akan menjadi ‘mata dan telinga’ tambahan kepada kami  sambil menganalisis  sejumlah besar data di lokasi-lokasi strategik di seluruh pangkalan Tentera Udara Tyndall.

“Ia akan menjadi penambahbaikan yang besar buat pasukan tentera dan memberikan fleksibiliti dalam menempatkan anggota kami,” kata pegawai pasukan berkenaan, Mejar Jordan Criss. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI