fbpx

Remaja bina kereta api Lego paling banyak gerabak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blong membina kereta api mainan dengan 101 gerabak menggunakan blok Lego. - Guinness World Records

AUCKLAND, NEW ZEALAND – Seorang remaja di New Zealand mencipta rekod dunia  dengan   membina kereta api mainan mempunyai 101 gerabak menggunakan blok permainan Lego, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Menurut Alexander Blong, 14, dia mendapat inspirasi untuk mencipta rekod tersebut selepas  berasa bosan semasa New Zealand melaksanakan perintah berkurung Covid-19 sebelum ini.

Alexander berkata,  dia turut mendapat ilham  membina kereta api Lego itu daripada filem Hollywood kegemarannya,  Snowpiercer.

‘Saya berasa bosan dan kebanyakan orang hanya menonton Netflix. 

“Terdapat sebuah filem ditayangkan yang amat saya gemari bertajuk Snowpiercer, berkisarkan mengenai sebuah kereta api panjang yang bergerak mengelilingi dunia,” katanya.

Tambah Alexander, dia mengambil masa 50 jam untuk membina kereta api sepanjang 24.9 meter itu.

Usaha tersebut berbaloi apabila Guinness World Records mengesahkan kereta api mainannya mempunya  gerabak paling banyak sekali gus mengatasi rekod terdahulu sebanyak 32 gerabak.

“Kejayaan ini amat hebat dan memberikan inspirasi keada saya untuk terus memasang impian serta menghasilkan projek yang lebih besar,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI