fbpx

Proton Wira bawa dua tong petrol hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa sebuah kereta jenis Proton Wira selepas ia terbakar di Pasir Pekan, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Sebuah kereta membawa dua tong petrol yang diletakkan di tempat duduk belakang dipercayai secara tiba-tiba terbakar dalam kejadian di tepi jalan di Pasir Pekan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi itu, seorang saksi yang berada di tempat kejadian turut melecur dan kini menerima rawatan di Hospitsl Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Proton Wira yang terbakar itu gagal dikesan kerana tiada di tempat kejadian.

Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Mohd. Farid Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.48 pagi sebelum anggota dari dua buah balai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar kereta terbabit sebelum anggota bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memadam kebakaran.

“Pemeriksaan pasukan forensik mendapati dua tong mengandungi minyak petrol berada di tempat duduk penumpang belakang kereta terbabit.

“Berdasarkan maklumat, pemandu kereta itu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual petrol di sekitar kawasan rumahnya. Kita tidak menolak kemungkinan bahawa petrol tersebut untuk jualan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI