fbpx

Peruntukan RM6.4 bilion projek infrastruktur di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (dua dari kiri) semasa meninjau pembinaan jejambat Kota Bharu-Wakaf Bharu di Wakaf Bharu, Tumpat yang dijangka siap pada Disember depan. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Kerajaan memperuntukan sebanyak RM6.4 bilion untuk melaksanakan 54 projek infrastruktur dan bangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kelantan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek itu antaranya melibatkan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai, jejambat dari Kota Bharu ke Wakaf Bharu dan projek naik taraf jalan Jeli-Kampung Reka Luar, Kuala Balah dekat Dabong.

Menurutnya, keseluruhan projek itu sedang dilaksanakan dan kebanyakannya sudah hampir siap.

“Pembinaan jejambat dari Kota Bharu ke Wakaf Bharu yang dijadual siap sepenuh pada Disember ini dengan status semasa 89.3 peratus siap melibatkan angaran kos keseluruhan RM105.5 juta.

“Projek tersebut sekali dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Wakaf Bharu dan ia antara projek yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan,”katanya pada sidang akhbar selepas Program Jelajah Ftroadpedia Zon Timur 3.0 di tapak pembinaan jejambat Kota Bharu-Wakaf Bharu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Fadillah, projek CSR yang sedang dibina turut diberi perhatian kerana ia berdepan cabaran dari segi perlaksanaan kontrak termasuk kenaikan kos, pekerja dan pendemik Covid 19.

“Kerja-kerja baik pulih jalan rosak dan lain-lain kerja dilaksanakan bermula Mei tahun lalu dan siap sepenuhnya empat bulan kemudian dengan kos RM6 juta.

“Selain itu, kerja pembaikan cerun di laluan Gua Musang-Cameron Highlands telah bermula pada Januari tahun lalu dan siap sepenuhnya pada bulan September dengan kos RM4.74 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI