fbpx

Penyatuan semula Taiwan secara aman agak mustahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Upacara menurunkan bendera di Taipei. - Annabelle Chih / Getty Images

BEIJING – Pemerintah China telah mengeluarkan laporan kertas putih khas menyatakan hasrat untuk mengadakan penyatuan semula secara aman dengan Taiwan, lapor laman berita RT kelmarin.

Bagaimanapun, kata Beijing, perkara itu agak mustahil untuk dicapai  jika dilihat pada situasi terkini.

Dalam kertas putih itu, Beijing menegaskan bahawa  campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman  Taiwan  dan usaha menggalakkan pemisahan pulau itu dengan Tanah Besar China menjadi  antara sebab utama penyatuan secara aman mungkin tidak akan berlaku.

“Kami cuba memberi kerjasama terbaik dan mengerahkan usaha terbaik kami untuk mencapai penyatuan semula secara aman.

“Bagaimanapun,  kami sama sekali tidak akan menolak penggunaan kekerasan dan kami mempunyai pilihan untuk mengambil semua langkah yang perlu,” demikian menurut dokumen dasar itu.

Menurutnya, pelan kontingensi  termasuk penggunaan tentera perlu dilakukan bagi menepis sebarang campur tangan luar dan semua aktiviti propemisahan.

Tegas Beijing, pihaknya akan menggunakan kekerasan hanya jika terpaksa berbuat demikian sekiranya ada pihak lain bertindak melampaui batas.

Kertas putih itu menetapkan tuntutan kedaulatan China ke atas Taiwan berdasarkan faktor sejarah, undang-undang antarabangsa dan aspirasi rakyat China.

Beijing juga menyatakan, hubungan rentas selat  dengan Taipei menjadi bertambah baik sejak beberapa dekad lalu.

China melihat penyatuan semula secara aman dengan Taiwan di bawah aturan  ‘satu negara, dua sistem pentadbiran’ yang akan membolehkan Taipei mengekalkan dasar domestiknya.

Beijing  menyalahkan peningkatan ketegangan berterusan di Selat Taiwan sebagai berpunca daripada pakatan anti-China  yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

“Mereka (AS) bekerja untuk menghasut kumpulan-kumpulan tertentu di  Taiwan supaya  mencetuskan masalah dan menggunakan Taiwan sebagai bidak dalam komplot menentang  China.

“Jika tidak dikawal, usaha ini akan berterusan  meningkatkan ketegangan di  Selat Taiwan, memburukkan  lagi hubungan China-AS dan merosakkan kepentingan AS sendiri,” tegas laporan sama.

Sebarang percubaan untuk mengambil pulau itu dari China adalah  bertentangan dengan kehendak 1.4 bilion rakyat China, termasuk 23 juta yang tinggal di Taiwan sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI