fbpx

Peguam dikenakan caj berlebihan RM1 menang tuntutan mahkamah selepas 22 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chaturvedi menghabiskan 22 tahun untuk memenangi tuntutan mahkamah itu. – Mail Online

NEW DELHI – Seorang peguam di India memenangi pertarungan di mahkamah selama 22 tahun terhadap syarikat kereta api negara itu kerana mengenakan caj tiket berlebihan kepadanya sebanyak 20 rupee (RM1) pada tahun 1999, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tungnath Chaturvedi membayar tambahan 20 rupee daripada kadar sepatutnya untuk dua tiket perkhidmatan Kereta Api Timur Laut dari Mathura ke Moradabad pada 1999.

Mahkamah menetapkan Tungnath Chaturvedi akan menerima bayaran balik 20 rupee itu beserta kadar faedah selama dua dekad, menjadikan jumlah yang diterima sebanyak £2.90 (RM15.72). 

Mahkamah juga memerintahkan syarikat kereta api negara itu membayar pampasan sebanyak £154 (RM834.97) kepadanya.

“Anda tidak boleh meletakkan harga pada tenaga dan masa yang saya gunakan,” kata Chaturvedi dalam hujahnya.

Dia telah menghadiri lebih 100 perbicaraan dalam beberapa tahun sejak memfailkan tuntutannya.

“Ini sentiasa mengenai perjuangan untuk keadilan dan memerangi rasuah, jadi ia berbaloi,” jelasnya.

Jika bayaran balik itu tidak diterima dalam tempoh 30 hari, syarikat kereta api itu mesti membayar 15 peratus faedah.

Chaturvedi berkata, keluarganya mendesak supaya dia melepaskan kes itu tetapi dia tetap meneruskannya.

Tribunal kereta api telah menolak kes itu, tetapi Mahkamah Agung India memutuskan bahawa tuntutan mahkamah itu boleh dibicarakan di mahkamah pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI