fbpx

MGVI bukan hanya hasilkan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (dua dari kiri) menikmati madu tualang yang dihidangkan oleh seorang anak sindrom down di Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bharu. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan menegaskan bahawa usaha yang dilaksanakan melalui penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) bukan semata-mata untuk persiapan menghasilkan vaksin Covid 19.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, tujuan utama MGVI adalah untuk membolehkan negara mempunyai tenaga pakar dalam penghasilan pelbagai jenis vaksin secara umumnya.

Menurutnya, tumpuan adalah lebih kepada pembangunan vaksin-vaksin melibatkan penyakit tropikal yang kebiasaannya ada dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Antara penyakit yang dipertimbangkan untuk penghasilan vaksin antaranya batuk kering, denggi dan meningitis.

“Setakat ini, vaksin meningitis diwajibkan kepada umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah,” katanya pada sidang akhbar selepas melihat perkembangan inovasi sosial bagi membantu anak-anak sindrom down di Min House Camp, Kubang Kerian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, pembangunan vaksin Covid 19 memfokuskan kepada vaksin daripada jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) oleh sekumpulan pakar yang diketuai kumpulan pakar dari Universiti Malaya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI