fbpx

Mahkamah: Ibu tunggal didenda RM8,000 buat kenyataan jelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jia Ming ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Padah membuat kenyataan jelik mengenai majlis solat hajat di laman Facebook, seorang ibu tunggal dikenakan hukuman denda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhi hukuman itu terhadap Hong Jia Ming, 34, selaku orang kena saman (OKS) selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

OKS membayar denda tersebut.

Jia Ming melalui profil Facebook Joyceanne Hong secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya di ruang undian laman sosial itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan dilakukan pada pukul 9.22 malam, 12 Mac 2020 dan hantaran itu dibaca pada pukul 12.41 tengah hari, 13 Mac di Masjid Muadz Bin Jabal, Wangsa Maju di sini.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya serta didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu peguam Haijan Omar merayu anak guamnya diberikan hukuman ringan dengan alasan mempunyai masalah jantung selain menyara seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.

Menurutnya, hantaran itu disiarkan selama 24 jam tetapi dibuat untuk tatapan rakan-rakan Facebook OKS sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI