fbpx

Klip video lelaki bertumbuk kejadian tiga tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan tular antara dua lelaki.

MELAKA – Klip video memaparkan dua lelaki bertumbuk di lokasi tumpuan pelancong berdekatan bangunan Stadthuys di sini yang tular di sosial media sejak semalam adalah kejadian tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu kenyataan media dikeluarkan memaklumkan perkara tersebut.

“Pada 10 Ogos lalu (kelmarin) pihak polis mengesan satu rakaman video tular melibatkan pergaduhan oleh dua orang lelaki di kawasan bangunan merah Stadthuys berdurasi 25 saat.

“Hasil siasatan kejadian tersebut berlaku pada tahun 2019 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Jelasnya lagi, bagaimanapun tiada laporan polis dibuat semasa kejadian tersebut.

“Kedua-dua pihak juga telah menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa melibatkan siasatan polis,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan tular di laman sosial satu klip video memaparkan tindakan dua lelaki bertumbuk di bulatan berdekatan bangunan Stadthuys di sini.

Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga emas yang memakai baju biru saling berbalas tumbukan dengan lelaki berbaju hitam.

Di hujung rakaman, warga emas itu bagaimanpun dilihat terkena beberapa tumbukan di bahagian mukanya yang mengakibatkannya terjatuh ke atas jalan raya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI