fbpx

Jus daun betik baik untuk rawat denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kajian menunjukkan pengambilan jus daun betik mampu menaikkan jumlah platelet dan mampu merawat penyakit denggi.

Menerusi perkongsian, pakar pemakanan, Dr. Suri Roowi di laman Facebooknya berkata, hasil kajian klinikal oleh Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas pengidap demam denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas 1 menunjukkan pengambilan jus daun betik menaikkan jumlah platelet.

“Cara-cara pengambilannya ialah dengan meminum sebanyak 30 mililiter (tiga sudu besar) jus daun betik yang disediakan daripada dua helai daun betik matang setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

“Sebaiknya (jus betik) itu ditambah pula dengan sedikit Bahtera Madu untuk diminum,” katanya hari ini.

Tambahnya, daun betik tidak mengandungi bahan toksik namun ia boleh terjadi jika dimakan dalam jumlah yang banyak pada satu masa.

“Daun betik tidak mengandungi bahan toksik namun ketoksikan hanya berlaku jika seseorang yang mempunyai berat badan 60 kilogram, memakan 12,000 helai daun betik pada satu masa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI