BEKAS anggota kumpulan Oh My Girl iaitu Ji-ho yang mula mengintai dunia lakonan mengambil keputusan untuk menggunakan nama baharu iaitu Gong Ji-ho.
Agensinya, P & Studio turut menyiarkan satu kontrak lakonan wanita itu yang sudah ditandatangani sekali gus mengesahkan bermulanya debut Ji-ho sebagai pelakon.
“Ji-ho bakal memulakan karier lakonan dengan nama baru sebagai promosi iaitu Gong Ji-ho.
“Kami juga berjanji akan menyokong Gong Ji-ho sepenuhnya supaya dia dapat mempamerkan bakat lakonannya dengan baik,” katanya.
Sebelum ini, Ji-ho turut mengambil keputusan mengundur diri daripada kumpulan Oh My Girl setelah dia menghentikan kerjasamanya bersama agensi terdahulu, WM Entertainment pada April lalu.