fbpx

Bot karam: Isteri sayu suami benar-benar ‘pergi jauh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita yang juga ahli keluarga mangsa bot karam terpaksa dibantu ahli keluarga lain di Jeti Maritim Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang lelaki mahu ‘pergi jauh’ menjadi kenyataan apabila dia ditemui lemas bersama dua nelayan lain dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus kelmarin.

Mangsa, Saludin Ismail, 50, memberitahu demikian kepada isterinya, Rahimah Yusof, 45, sebelum turun ke laut bersama enam rakannya di Jeti Pasir Puteh, Kelantan pada Ahad lalu.

Rahimah berkata, pada mulanya, dia menyangkakan maksud suaminya mahu ke tengah laut yang lebih jauh untuk menangkap ikan.

“Rupa-rupanya ia merupakan petanda dia mahu memberitahu saya masanya sudah sampai (meninggal dunia).

“Paling terkilan, saya tidak sempat bertemui buat kali terakhir sebelum suami turun ke laut kerana mengunjungi rumah kakak ipar untuk membantunya mengadakan majlis (kenduri),” katanya ketika ditemui di Jeti Maritim Terengganu di sini kelmarin.

Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama polis mengangkat mayat salah seorang daripada tiga lelaki yang ditemui lemas selepas bot mereka karam dekat perairan Pulau Redang di Jeti Maritim Kuala Terengganu petang semalam

Terdahulu mayat Saludin bersama dua rakannya iaitu Mohd. Nazri Abu Bakar, 48, dan Zulkifli Umar, 48, tiba di jeti itu dengan kapal peronda Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat.

Suasana pilu menyelubungi dengan sebahagian ahli keluarga mangsa jatuh pengsan kerana terlalu sedih.

Rahimah memberitahu, suaminya membawa banyak bubu daripada kebiasaan untuk menangkap ikan pada kali ini.

Tambahnya, dia mula risau suaminya gagal dihubungi malah tidak melakukan panggilan video seperti kebiasaan sejak Isnin lalu.

“Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila bot suami saya dilaporkan karam sebelum mayatnya ditemui petang tadi (kelmarin),” katanya.

Rahimah berkata, suaminya bukan nelayan sepenuh masa tetapi memiliki bot nelayan kelas A bagi membantu rakan-rakan nelayannya.

Tambahnya, bot tersebut dimiliki suaminya beberapa tahun lalu hasil titik peluh sebagai peniaga besi lusuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI