fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lapan negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Kuala Lumpur manakala beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Di Perak melibatkan kawasan Batang Padang dan Muallim, di Pahang pula di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong manakala di Selangor di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan pula antara kawasan terjejas di Jelebu dan Seremban, di negeri Johor pula di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sementara di Sarawak hanya di Betong sahaja,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, cuaca tidak menentu di Sabah di kawasan Pedalaman (Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI