fbpx

Empat kes seleweng diesel subsidi bernilai lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang dirampas selepas disyaki digunakan bagi tujuan penyelewengan diesel subsidi

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menerima empat kes serahan melibatkan sindiket penyelewengan diesel subsidi dengan nilai keseluruhan RM507,142 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Serahan itu melibatkan semua kes yang disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pada 9 Ogos dan 11 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, keempat-empat kes itu berlaku masing-masing di Semenyih, Kota Damansara, Kapar dan Puchong hasil kerjasama strategik KPDNHEP Selangor bersama PDRM yang menjalankan pemantauan, risikan dan serbuan.

Katanya, menerusi kes tersebut juga seramai 15 inidvidu telah ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan dalam mengenal pasti individu atau mana-mana pihak yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti bersindiket ini.

“Sebanyak 26,500 liter diesel subsidi berjaya diselamatkan dengan rampasan sembilan buah lori yang digunakan bagi tujuan penyelewengan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM507,142,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Khairi, kes-kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20 (1), Subseksyen7(4) , Seksyen 21 dan Peraturan 12A dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita akan bertindak tegas serta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI